Mitos asal usul Silat Kalam Silat_Kalam

Seni Silat Kalam adalah wadah warisan seni mempertahankan diri yang salahsilahnya telah menjangkau beberapa abad lamanya hingga kini. Berasal dari Timur Tengah yang telah dibawa oleh Syeikh Abdullah atau pun lebih dikenali sebagai Syeikh Tajrid ke negara kita Malaysia dan mengajarkan ilmu tersebut kepada murid pertamanya iaitu Sultan Mudzafar Syah yang juga di kenali sebagai Merong Mahawangsa 111. Melalui pelajaran Seni Silat Kalam baginda telah tertarik lalu memeluk islam diikuti oleh sekalian Pembesar dan rakyat baginda. Dengan itu Islam telah menjadi agama rasmi dibawah panji-panji pemerintahan baginda Sultan. [perlu rujukan]

Perkembangan selanjutnya Sultan Mudzafar Syah telah menurunkan ilmu Seni Silat Kalam kepada anak cucunya. Sehinggalah pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin berlaku satu peristiwa bersejarah dimana kesultanan Kedah telah diserang oleh Raja Batak yang bernama Tuah (bukan legenda Hang Tuah pada kesultanan Melaka). Baginda telah mengajar dan menurunkan Ijazah kepada Panglima Tok Ismail iaitu Ketua Panglima Kesultanan bagi melengkapkan beliau untuk maju ke medan perang menentang Raja Tuah. Bagi memperkuatkan pertahanan Negara sekaligus berjaga-jaga dalam apa kemungkinan dan serangan musuh maka Panglima Tok Ismail menurunkan ilmu tersebut kepada Panglima Tok Ali. Panglima Tok Ali menurunkannya kepada Panglima Tok Hadi, Penglima Tok Hadi menurunkannya kepada Panglima Tok Rasyid [perlu rujukan] dan Panglima Tok Rasyid menurunkannya kepada Pak Guru Yahya Said dan seterusnya Pak Guru Yahya Said menurunkannya kepada Cikgu zahalan bin Man (Pengasas PIKUM).

Sebelum Pak Guru Yahya Said wafat, beliau sempat meninggalkan pesan (wasiat) kepada Cikgu Zahalan bin Man agar menyampaikan (menyebar luaskan) ajaran Seni Silat Kalam yang asal, iaitu yang bertunggakkan agama Islam, "Amalan hidup orang Islam, Pegangan hidup orang Islam, Tujuan hidup orang Islam)